Sunday, May 31, 2009

bicara hati yang kerdil.

lokasi: atas katil berlapikkan cadar berwarna merah jambu.
mood: neutral. kot? ngee.

pelik kan bila manusia sering menginginkan sesuatu yang terlintas di pikiran? kenapa tidak memilih untuk mendapatkan sesuatu yang memberi manfaat pada manusia lain? manusia memang sentiasa berupaya menjadikan sesuatu itu milik mereka tapi sedarkah mereka samada tindakan mereka itu atas dasar perikemanusiaan atau hanya sekadar tindakan yang sebenarnya memerangkap diri mereka? saya sendiri kurang pasti.

kenapa manusia sering mengatakan yang mereka memang dilahirkan dengan hati yang keras? atau hati yang degil? yang sejak azalinya mereka memang mempunyai ego yang tinggi dan sentiasa ingin menang? bukankah setiap manusia itu dilahirkan dengan hati yang suci. yang terang-terangan belum lagi ternoda mahupun dicemari oleh bisikan syaitan laknatullah? harus pada siapa hendak dilampiaskan kesalahan itu? pada saya, mereka lah yang harus dipersalahkan. kita ada satu otak. dan inilah perbezaan ketara kita dengan makhluk ciptaan ALLAH s.w.t yang lain. kita mampu untuk berpikir. mampu menilai dan meresapi segala apa yang benar dan segala apa yang batil. tapi mengapa tidak digunakan kurniaan itu ke jalan yang menyuluh ke arah cahaya? mengapa harus digadaikan kurniaan itu ke jalan yang gelap? yang mereka sendiri tidak dapat lihat ke mana arah sebenar perjalanan mereka. sungguh sedih bukan?

saya melihat pelbagai ragam manusia, saya membaca pelbagai cerita manusia. lantas saya selalu membuat kesimpulan bahawa pada dasarnya manusia ini memang penuh dengan tanda tanya. yang saya fikir mereka sendiri tiada jawapannya. semakin hari saya semakin takut untuk berdepan dengan masa depan. saya takut untuk berdepan dengan dunia yang tidak mustahil tiada lagi mempunyai nilai-nilai mahmudah. yang hanya berkisarkan tentang memenangi perkara duniawi sedangkan saya tak ingin hanyut begitu.

semoga saya sentiasa terselamat daripada anasir-anasir halus yang mudah sekali tembus ke dasar hati ini. semoga saya sentiasa dapat berdiri di atas perkara-perkara yang diredhai. semoga semuanya dapat diharungi dengan ketabahan hati yang tiada akhirnya. semoga kita sama-sama mempunyai hati yang diselubungi sifat-sifat mulia. ameen. :)

p/s: entri tiada kena-mengena dengan sesiapa pun. hanya sekadar nukilan hati yang bosan. hehe. mwah!

2 comments: