saya selamat sampai di KL semalam. walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran sebelum betul-betul sampai di rumah, saya redha. chewah!
hmm.. semalam saya menangis lagi.
saya singgah di sekolah adik saya yang bongsu sebelum bertolak ke kuching. saya terharu sangat bila tengok dia menangis di pelukan saya. dia taknak saya balik, sebab nanti saya takde time cuti sekolah. lepas tu dekat airport, mak dan nenek pun menangis sebelum saya masuk balai berlepas. saya tak tahu kenapa tapi saya rasa sedih sangat padahal ni bukan kali pertama saya balik dan pergi semula ke KL.
mungkin saya sedih sebab tak dapat sambut gawai dengan mereka. mungkin? oh tidak, itu memang bukan mungkin. hoho! semua kazen mazen saya balik kampung tapi saya takde. itu sangat lah rugi bagi saya. saya nak jumpa mereka, saya nak jumpa dia. saya rasa sepanjang hidup saya ni, saya lebih kerap sambut gawai daripada raya. mungkin sebab itu ketiadaan peluang untuk menyambut gawai tahun ini membuat saya merasa kurang selesa.
tapi saya tahu, tuntutan ilmu lebih penting walaupun saya dengan selambanya ponteng 3 kelas. hehe. saya sedang dalam proses memotivasikan diri saya yang semua itu akan berlalu. tapi bila mak call bagitau perkembangan di kampung, oh saya tersentap. saya sangat cemburu. :(
okay, tutup cerita ini.
taknak airmata mengalir lagi.
lebih baik kalau mata tertutup terus terlena masuk ke alam mimpi.
lebih indah dan bebas.
:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment